Saturday, December 26, 2009

Rencana ini saya petik dari blog sahabat saya

Rabu, 2009 Disember 23
lanailestari: catatan ringkas ziarah kampung perdamaian sukhirin

LANAI LESTARI: CATATAN RINGKAS ZIARAH KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

di petik dari lanailestari.blogspot.com Tuesday, December 22, 2009



Apabila Sdr AmirRuslan mengajak saya untuk ikut serta kembara ke Selatan Thailand bagi menziarahi Kg.Perdamaian disana,tanpa bertangguh saya menyatakan persetujuan saya.Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk kesana,cuti sekolah bulan Mac sepatutnya saya ke sana tetapi oleh kerana orang tua uzur,maka terpaksa di tangguhkan.Manakala bulan Jun,pihak penanggungjawab terpaksa meminta saya membuat jadual semula memandangkan terlalu ramai rombongan kesana.


Memang saya berkeinginan besar ke sana,mungkin darah Pahang/Temerloh yang mengalir disegenap urat nadi saya menggamit untuk melihat sendiri dengan mata dan mata batin 'para pengganas komunis' ini seperti laungan perang saraf sejak lebih 50 tahun (dan masih berterusan).Juga tentunya sebagai peminat sejarah saya perlu membuat sedikit 'research' sekurang-kurangnya untuk manfaat diri sendiri dan jika boleh,meluruskan persepsi sejarah yang songsang dek kerana propaganda setengah abad.


Dan rombongan kami turut disertai oleh Sdr.Mat Sabu,pemimpin dan pejuang PAS yang saya kira,begitu progresif.

Berikut adalah catatan ringkas perjalanan kami.Cerita dan catatan terperinci akan disiarkan kemudian:


13.12.2009


Menjelang jam 9 pagi kami sudah berkumpul di rumah tol Paya Keladan Temerloh.Dari 5 buah kenderaan 4x4 hanya 3 buah sahaja yang jadi pergi.Saya mengingatkan teman-teman agar membuat pemeriksaan terakhir semua dokumen berkaitan-passport dan juga dokumen kenderaan.

Dari Temerloh kami bergerak ke Kuala Lumpur untuk mengambil Abang Mat dan Sdr Ali Maideen di Pejabat Agung PAS.Abang Mat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Selesai solat zuhur di Masjid Kg.Baru kami bertolak ke Bentong kira-kira jam 2.30 petang.Dari Bentong kenderaan meluru hala ke Kuala Lipis untuk mengambil laluan Merapoh-Gua Musang ke Kota Bahru.

Kami sampai di Kota Bharu sekitar jam 10 malam dan bermalam di Sutera Inn Hotel KB.


14.12.2009


Selesai sarapan pagi kami meneruskan perjalanan ke sempadan melalui pekan Rantau Panjang.Segala urusan insurans kenderaan ke Thailand diselesaikan terlebih dahulu.

Urusan dengan pihak imigresen Malaysia dan Thailand berjalan lancar.Kami diarahkan untuk menyediakan dokumen kenderaan di booth kastam Thai dan disini masalah timbul.Kesemua dokumen lain lengkap tetapi pihak kastam meminta salinan pendaftaran perniagaan bagi kenderaan syarikat.Malangnya dokumen tersebut tidak dibawa sekali.

Akibatnya kenderaan terpaksa ditinggalkan di Pekan Golok dan dengan bantuan Pak Yaakob sebuah bas (van) pelancong di sewa dengan harga 1500 baht.



(Foto)Bersama orang kanan Abdullah CD,
Pak Yaakob yang menanti kami di Pekan Golok.



Perjalanan dari Pekan Golok ke Kampung Perdamaian memakan masa lebihkurang 2 jam.Sepanjang perjalanan terdapat berbelas check point tentera Thailand;kubu karung pasir dibina di lokasi tertentu dan kelihatan senjata berat berupa machine gun diletakkan bersekali.Malah Pekan Golok turut dipenuhi askar bersenjata lengkap meronda setiap lorong.

Kami makan tengahari di sebuah warung selepas pekan Sukhirin,perjalanan diteruskan memasuki jalan kampung.Jalan ke Kampung Perdamaian bertar tetapi tidak sudah banyak yang rosak dan jika hujan lebat hanya kenderaan 4X4 sahaja yang boleh melaluinya.


(Foto)Jalan menuju ke Kampung. Kehijauan
dan udara segar begitu membuaikan.



Kami sampai ke destinasi kira-kira jam 3 petang waktu Malaysia dan di tunjukkan Rumah Tetamu yang menjadi tempat 'landing'.Saya terus menuju ke Masjid berhampiran yang dimana kelihatan 2-3 orang sedang bersembang.




(Foto) Comrade-at-arm, Pak Hassan dan Pak Awang. Mereka anak Semantan yang mempertaruhkan jiwa demi kepercayaan terhadap perjuangan.



Kami bersalaman dan daripada ulas butir percakapan yang keluar dari mulut,terus saya mengesani kedua Bapa ini orang Temerloh.Telahan saya ternyata tepat.Kedua mereka-Pak Hassan Hj Salleh dan Pak Awang Yaakob,masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buluh Mentakab dan Kampung Tualang Temerloh-ternyata sangat gembira dengan kedatangan kami.



(Foto) Resepsi minum petang di rumah Abdullah CD meraikan kami.Saya menerima naskah buku tulisan beliau.



Kemudiannya kami diraikan oleh Pak Abdullah CD dan keluarga beliau di rumahnya.Sambil menikmati minum petang,sempat mendengar cerita dan nasihat daripada Pengerusi Partai Komunis Malaya disamping tentunya,mengambil kesempatan berfoto dengan beliau dan Ibu Suriani.Pak Abdullah CD nampak ceria menyambut kedatangan kami;tentunya Sdr Mat Sabu diberikan tumpuan berikutan kenyataan beliau bahawa patut berterimakasih kepada Chin Peng dan rakan-rakan/PKM kerana berjaya membunuh Henry Gurney.



(F0to) Pak Abdullah CD, Sdr.Mat Sabu dan Abang Aziz Kuantan



Pak Abdullah CD nampak masih sihat dan 'alert',cuma angkara terkena racun yang menyebabkan beliau agak sukar untuk melontarkan buah fikirannya.Manakala Ibu Suriani kelihatan fragile dan uzur.Seorang teman dari Temerloh membisikkan kepada saya tanggapan didalam mindanya Abdullah CD seorang yang nampak cengel (bengis) dan kasar,maklumlah menjadi ketua kepada 'Pengganas Komunis',tetapi apabila berjumpa ternyata beliau seorang yang lemah lembut tutur bahasanya dan 'very friendly',tidak sebagaimana didalam imaginasi teman ini.Saya ketawa besar.



(Foto)Pasangan revolusioner, Ibu Suriani dan Pak Abdullah CD

Kami dihadiahkan dengan buku-buku tulisan Pak Abdullah CD dan bagi pihak rombongan,Sdr Mat Sabu pula menghadiahkan beberapa naskah tafsir al-Quran.






(Foto)Rombongan dari Temerloh berfoto kenang-kenangan bersama Ibu Suriani dan Pak Abdullah CD.


Sempat juga berbual panjang dengan Pak Hassan dan Pak Awang (entri berikutnya akan dipaparkan) sebelum kami ziarah ke perkuburan kampung.Sememangnya menjadi agenda saya sejak dari mula untuk ziarah pusara Pak Kamaruzaman Teh yang disemadikan disana.



(Foto) Sedekah al-Fatihah di Pusara Kamaruzaman Teh dan buat mereka yang telah mendahului kita di Tanah Perkuburan Kg.Perdamaian.Ketika itu hujan rintik-rintik membasahi bumi yang menimbulkan kesyahduan tersendiri.


Sekembali dari perkuburan saya mengajak Pak Hassan menemani saya untuk berjalan berkeliling kampung sambil berta'aruf dengan penduduk.Saya diajak kerumah Mak We Mariam @ Atom (Siti Mariam binti Idris),berasal dari Lubuk Kawah,Temerloh,kakak sepupu kepada Tuan Haji Suhaimi Said,Pengerusi Cabang KEADILAN Kuala Krau dan pejuang rakyat tersohor.




(Foto) Perempuan Revolusioner Sejati, Siti Mariam Idris @ Atom.Puteri Sungai Pahang yang bersemangat waja




Sambutan yang diberikan sungguh mengharukan.Mak We atau Wan Mariam memeluk saya apabila diketahui saya dari Temerloh dan rapat dengan Haji Suhaimi Said.Kami berbual panjang dan kemudian sama-sama menapak menuju ke tempat makan malam.








(Foto) Menikmati juadah makan malam bersama Pak Abdullah CD.Udara pergunungan yang segar benar-benar membuka selera kami


Makan malam diraikan oleh Pak Abdullah CD sendiri dengan hidangan yang cukup menyelerakan.Mungkin udara pergunungan yang segar dan dingin membangkitkan selera masing-masing makan dengan lahapnya.







(Foto) Sebahagian dari artifaks yang di pamerkan di Muzium,senjatapi iaitu bren-gun yang dirampas semasa pertempuran di Jalan Chenor Lama,senapang dan meriam katak buatan sendiri.Juga dipamerkan beberapa penerbitan Parti seperti pamflet (foto kanan)


Sempat juga berkunjung ke Muzium Sejarah Rejimen Ke-10 sesudah makan malam dan selepas itu diikuti dengan tayangan video sejarah jatuh bangun perjuangan Rejimen Ke-10 sehinggalah Perjanjian Damai di meterai.

(Foto) Pak Awang B.Ismail @ Shukor, anak kelahiran Kampung Berhala Gantang sedang menceritakan sejarah perjuangan beliau dan teman-teman yang bermula dari API.Beliau menjadi ketua kompeni Rejimen Ke-10 sehinggalah Perjanjian Damai dimeterai.Abang Mat Sabu khusyuk mendengar pengkisahan beliau.


Sementara teman-teman lain berbual dan mendengar pengkisahan dari bekas anggota Rejimen Ke-10,saya dan Sdr Mat Sabu pula mendapat peluang untuk 'private audience' dengan Pak Abdullah CD di rumah beliau.Kami mendengar penjelasan dan pandangan beliau disamping berkesempatan bertukar-tukar fikiran diatas beberapa isu mutakhir serta pengalaman silam beliau.


(Foto) Pak Abdullah CD sedang berwejang. Saya dan Mat Sabu berkesempatan bertukarfikiran dengan beliau.Selain membicarakan sejarah silam,beliau rupa-rupanya tetap mengikuti perkembangan politik tanahair.Saya mengesani hormat besar beliau kepada Almarhum Dr.Burhanudin al-Helmy.Pengamatan beliau masih tajam.



Saya bertanya kepada Pak Abdullah CD,sekiranya Setiausaha Agung PKM,Lai Teck tidak khianat selepas Jepun kalah dan kemerdekaan di istiharkan (perancangannya bersekali dengan Indonesia),siapakah yang akan menjadi Kepala Negara (Perdana Menteri) ketika itu?Jawaban yang di berikan ialah samaada Ibrahim Hj Yakob ataupun Dr.Burhanudin al-Helmy yang akan menjadi pemimpin negara (entri berikutnya akan dicatatkan tentang perbualan kami dengan Pak Abdullah CD).


Hampir jam 1 dinihari waktu Malaysia, barulah kami berpamitan dari rumah Pak Abdullah CD. Kembali ke Rumah Tetamu,teman-teman lain sudah diulit mimpi dan bunyi dengkuran masing-masing begitu gegak gempita bersahut-sahutan.Secara bergurau saya memberitahu Abang Mat Sabu,tidak ada seorang pun dari kalangan ahli rombongan boleh menjadi pejuang gerila kerana dengan bunyi dengkuran yang bermacam ragam,tentu mudah di kesan musuh.Kami ketawa besar.



(Foto) Wan Mariam @ Atom berpotret bersama 'cucu' barunya, Didie @ Natrah.










(Foto) Tiga sahabat seperjuangan. Ketiga-tiga mereka berasal dari Temerloh.Pak Awang Idris terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak setelah terkena sakit lumpuh namun semangat juang di dadanya tetap membara.Kelihatan juga Pak Hassan Hj Salleh dan sahabat mereka yang saya terlupa namanya.






15.12.2009


Seusai solat subuh berjemaah saya menahan diri dari berguling diatas katil. Pagi yang dingin dengan udara pergunungan yang segar,kicau burung serta deru air sungai yang mengalir bagai menggamit saya untuk tidak kembali tidur.Saya ingin menikmati alam yang indah ini serta ingin menyelami kehidupan para pejuang di kampung yang permai ini.


(Foto) Kak Yatie,isteri Sdr AmirRuslan sedang menikmati sarapan pagi bersama Wan Siti Mariam



Sarapan pagi menyelerakan.Saya makan nasi kerabu bersama teman-teman dan Pak Hassan.Wan Mariam turut serta setelah beliau beriadah dengan berjalan 1000 langkah setiap pagi.Pak Abdullah CD turut mempunyai rutin yang sama,iaitu morning walk,sekeliling kampung sambil mengambil kesempatan bertanyakan khabar anak buahnya.Walaupun sudah menggunakan tongkat namun langkah beliau masih tegap.



(Foto) Morning walk. Sudah menjadi rutin Abdullah CD dan Ibu Suriani untuk berjalan kaki,riadhah setiap pagi disekeliling kampung.



Selesai sarapan saya mengajak teman-teman untuk mengziarah rumah Ibu Norkiah Mahmood Baginda,balu kepada Allahyarham Abu Samah Mohd Kasim,putera Lancang.Ibu Norkiah nampak lemah dan 'fragile'.Menurut beliau kesihatannya merudum setelah suami tercinta,Abu Samah (orang Lancang memanggil dengan gelaran Pak Lang Samah),meninggal dunia.Ibu Norkiah juga sedang menjalani rawatan mata di Kuala Lumpur.







(Foto) Ibu Norkiah Mahmood Baginda, balu kepada Allahyarham Pak Lang Abu Samah












(Foto) Perempuan Revolusioner Sejati



Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal/pamitan daripada Pak Abdullah CD sekeluarga sebelum kami berlepas pulang.








(Foto) Saya berpamitan dengan Ibu Suriani dan Pak Abdullah CD.






Perjalanan dari Temerloh ke Kampung Perdamaian mengambil masa kuranglebih 9-10 jam sahaja;manakala Long March Rejimen Ke-10 dalam tahun 1953 dari basis Temerloh ke Thailand mengambil jangkawaktu Satu Tahun Empat Bulan lamanya.

Bagi pihak teman-teman dari Temerloh kami menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pak Yaakob dan rakan-rakan beliau yang melayan kami dengan mesra malah seperti keluarga sendiri.InsyaAllah kami akan bertandang lagi.

Post scriptum:

Saya menerima banyak sms,panggilan,emel dan komen dari teman-teman,kebanyakkannya bertanyakan saya bila lagi akan dianjurkan xpdc ziarah sebegini.Saya menjelaskan bahawa memang ada hajat dan perancangan untuk kembali sekali lagi ke Kampung Perdamaian ini pada tahun hadapan.Tarikhnya akan ditentukan kemudian.

Saya turut mengesani kecenderungan teman-teman anak muda yang begitu ghairah bertanyakan saya tentang xpdc dan sejarah perjuangan Rejimen Ke-10 TRM ketimbang sejarah perjuangan kemerdekaan dan nasionalisme Melayu.Sementara saya mengakui bahawa saya bukanlah orang yang berautoriti untuk menjelaskan namun berdasarkan pembacaan, pengamatan dan pandangan saya maka saya berwejang juga.

Trend ini kepada saya cukup membanggakan dan konstruktif sekali.Kelihatannya mereka-anak-anak muda- tidak lagi cenderung untuk menerima sejarah dan tafsirannya seadanya seperti tercatat di dalam buku teks sekolah dan seperti yang dipaksakan oleh UMNO.Apabila anak muda mula membuka mata dan minda untuk menyerap,menilai dan memahami,saya cukup yakin mitos dan propaganda UMNO/BN sejak sekian lama tidak lagi berkesan.Anak-anak muda tentunya perlu berfikiran kritis dan punya keberanian merungkai kepalsuan.

Apabila saya bercerita (dan bagi yang membaca blog ini) tentang masjid,ramai yang terkejut!Dakyah songsang UMNO selama ini melakarkan anggota Rejimen Ke-10 sebagai atheist dan pembenci agama telah berkecai.Dari sudut ini ada kepuasan di jiwa saya kerana sekurang-kurangnya saya berjaya membuka mata khalayak dan sekali gus membetulkan persepsi.

Manakala teman-teman yang menganjurkan untuk di buat kutipan dana bagi menyumbang membaiki masjid tersebut,saya begitu menghargainya dan akan berbincang dengan teman-teman di Kampung Perdamaian.Pada asasnya Sdr Mat Sabu telah bersetuju untuk kita memikirkan mencari dana sebagai sumbangan menyiapkan masjid.Kepada mereka yang ingin menyumbang terus,saya sarankan untuk berhubung dengan pengendali blog KINI DAN SILAM (http://matamin02.blogspot.com/) bagi menguruskannya.

Dan kepada mereka yang leceh mindanya,maaf komen-komen anda tidak akan saya siarkan.Saya bersedia untuk berhujjah dengan anda atau sesiapa sahaja berkaitan Rejimen Ke-10 atau tentang gerakan kemerdekaan Tanahair secara berhemah dan bijaksana.Menggunakan bahasa-bahasa kesat dan biadap,saya tidak dapat berkompromi.Hakikat yang perlu kita sedari bahawa para anggota/pejuang Rejimen Ke-10 adalah sebahagian dari mata rantai sejarah yang tidak boleh di nafikan peranan dan sumbangan mereka.


*Sebahagian daripada foto yang dipaparkan adalah dengan ihsan Sdr.Fadzil Baharum,AJK Dewan Pemuda PAS Kedah yang turut sama menyertai rombongan.Terima kasih kepada beliau.Juga frasa Perempuan Revolusioner Sejati saya 'pinjam' dari senikata lagu Sdr.Meor dari album Dari Rakyat Untuk Rakyat.Frasa tersebut ditujukan oleh Sdr.Meor bagi menggambarkan kekagumannya kepada Allahyarham Shamsiah Fakeh.
Dicatat oleh Mat Amin pada 15:51
Label: Kampung Perdamian, perjuangan kemerdekaan, Rejimen Ke-10 TRM
1 ulasan:

Monday, December 21, 2009

Kisah Hairan bagaimana enjin Jet boleh hilang



KUALA LUMPUR: Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai terbabit mengetuai jabatan penting bagi pengendalian logistik pasukan, diarah bersara awal akhir tahun lalu selepas kehilangan enjin jet berharga RM50 juta di Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi disedari dan dilaporkan kepada polis, Januari tahun ini.

Turut dikenakan tindakan sama ialah beberapa pegawai dan anggota bawahan pelbagai pangkat yang terbabit dalam skandal itu.

Menurut sumber, tindakan diambil hasil siasatan dalaman oleh jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan audit dalaman yang mendapati banyak maklumat bercanggah, dipercayai berpunca daripada amalan salah laku.

Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu.

“Pegawai berkenaan diberhentikan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan yang harus bertanggungjawab. Tindakan juga diambil selepas siasatan dalaman mendapati beliau terbabit dalam salah laku itu yang mengakibatkan pasukan mengalami kerugian besar," katanya.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pengkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

Selain pegawai dan anggota TUDM, ia dipercayai turut didalangi 'orang dalam' syarikat penyelenggara pesawat tentera dilantik kerajaan yang kemudian menjualnya sebagai komponen alat ganti kepada pembeli di luar negara.

Sumber itu juga berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada tindakan pantas ‘membersihkan’ pasukan diketuai Panglima Tentera Udara ketika itu, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang kini Panglima Angkatan Tentera.

Difahamkan, hampir 40 pegawai dan anggota pelbagai jabatan yang terbabit secara langsung dalam urusan logistik dan penyelenggaraan disiasat berhubung kes itu. Bagaimanapun, hanya 20 daripadanya termasuk pegawai atasan terbabit dikenakan tindakan dalaman termasuk ada yang kehilangan pencen dan pelbagai kemudahan pesara tentera yang lain.

“Selebihnya diberikan pilihan bersara awal dan ada yang diambil semula bekerja, bergantung kepada tahap kesalahan. Brigedier Jeneral itu difahamkan mendapat pencen, tetapi tidak akan terlepas daripada pendakwaan jika siasatan polis mendapati ada bukti untuk didakwa,” kata sumber itu.

Sementara itu, walaupun kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan menyatakan enjin berkenaan berada di Amerika Selatan, namun maklumat risikan mengesahkan ia dijual kepada sebuah negara Asia Barat yang sedang giat membina jet pejuangnya sendiri.

Difahamkan, negara yang dikenakan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu amat memerlukan enjin berkenaan untuk pemindahan teknologi kerana sukar mendapat sumber lain berikutan tindakan badan dunia itu.

Di BANTING, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ‘orang dalam’ yang terbabit dalam kehilangan enjin itu sudah dikenakan tindakan berdasarkan senarai nama yang diberikan polis selepas siasatan mengesahkan mereka terbabit.

Namun, beliau enggan mengulas jenis tindakan yang dikenakan dan bilangan kakitangan serta pegawai TUDM terbabit.

Ditanya kemungkinan ada komponen lain dijual selain enjin, Ahmad Zahid berkata, kementerian menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membongkar perkara itu.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak berniat menyembunyikan kes itu kerana memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan dan menangkap dalang yang melakukan jenayah itu termasuk orang dalam.

Katanya, kes itu tidak boleh didedahkan kerana bimbang penjenayah terbabit melarikan diri, sekali gus menyukarkan polis menyelesaikan siasatan.

"Kini kes sudah selesai siasatan dan polis sedang bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Kita yakin dengan kemampuan polis menyelesaikan kes ini selepas hampir dua tahun menjalankan siasatan kerana ia rumit dan membabitkan rangkaian antarabangsa," katanya.

Ahmad Zahid berkata, enjin F-5E yang sudah dijual ke negara lain tidak boleh diambil balik tetapi TUDM akan menggunakan dokumen yang ada untuk tindakan selanjutnya.

Penulis hairan bagaimana mudah bocor pertahanan negara sehingga sebutir enjin jet yang besar boleh hilang pada 2007 dan dijumpai telah dijual kepada pihak ketiga.Jadi tidak hairanlah bagaimana sebelum ini sebilangan besar senjata hilang didalam Kes Maumunah dahulu.Jadi tidak heranlah apabila ada pemimpin negara yang sewenang-wenangnya mengambil ringan mengenai pertahanan negara sehingga soal keselamatan dan pencerobohan tempat sensitif dipandang sebelah mata.

Monday, December 14, 2009

Isnin, 2009 Ogos 24

MITOS DAN PENIPUAN:
TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu – adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk walhal kalau Raja Jepun ini makan petai kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata pada mulanya melawan Jepun kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi – Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu warna merah dan puteh adalah motif Nusantara – merah darah rakyat – puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari ditelan oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

Nota: Boleh dipetik secara bebas oleh Norhasanin

Wednesday, December 2, 2009

م

Kes Hartina Kamarudin yang murtad

Assalamualaikum. ......... ...kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita....... kes Hartina. Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk-jenguk lah anak-anak kita, adik2 kita, saudara2 se-Islam kita....

Trully, Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.

Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.

Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.

Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".

Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.

Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.

Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.

Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.

Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.

Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini? "Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.

Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.

Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.

Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja.

Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.

Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.

Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.

Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.

Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.

Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"

Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.

Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.

Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.

Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan erangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak engapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?

Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.

Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.

Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.

Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.

Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.

Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk enguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.

Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa.

Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.

Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.

Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.

Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.

Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.

Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.

Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja.
Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya.

Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.

Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.

Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam.

Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.

Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.

Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.

Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.

Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).

Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.

Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.

Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.

Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke tasnya, orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.

Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.

Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?

Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.

Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.

Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.

Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.

Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkanNya" .

Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.

Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.

P/S : PLEASE FORWARD TO ALL YOUR MUSLIM FRIENDS!!!

Wednesday, October 21, 2009

Harapan Saya

Hari saya bergerak lagi berjumpa dengan oarang-orang yang memerlukan bantuan.Walau pun aku sudah melihat bermacam-macam golongan manusia hari ini aku masih tidak percaya bahawa masih ada lagi keluarga yang hidup di dalam bilik yang sempit yang layak diduduki oleh orang bujang.

Semasa aku masih bacelor pernah merasa hidup didalam bilik yang serba lengkap dan besar lagi dari bilik keluarga yang aku ziarah itu pun aku masih lagi rasa lemas.Hari ini aku jumpa dua keluarga yang tinggal dalam bilik sempit.Aku berasakan jika aku tidak membantu keluarga ini tidak mustahil mereka akan tersasar jauh, seorang ibu tunggal yang ada enam mulut ingin disara akan bisa menjadi seorang penjual maruah jika tidak dibantu,seorang anak bakal menjadi seorang maling jika tidak dibimbing dan seorang lelaki bisa menjadi seorang pemabuk jika tidak dinasihati.

Tapi apa daya saya yang tak punya apa-apa hatta harta mau pun pangkat.Cuma harapan saya dapt mendirikan sebuah rumah perlindungan untuk semua manusia yang susah atau pun dpat mendirikan semua perkampungan tersusun untuk under previliged ini.

Maha suci ALLAH








Allahuakabar,maha suci allah,hanya allah yang mengetahui apa yang tersembunyi.Beberapa hari ini banyak kejadiaan yang pelik berlaku yang mengemparkan dunia Islam,apakah itu semua tanda-tanda dunia semakin............. dan janji Allah itu semakin hampir?

Monday, July 20, 2009

lanailestari: Hikayat Sang Maharaja Dermawan

lanailestari: Hikayat Sang Maharaja Dermawan

Statement seorang Rakyat Bawahan

Ini adalah statement seorang rakyat golongan bawahan yang seharian mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri cukup bulan gaji habis cukup-cukup je.

Sebenarnya aku malas nak bicara pasal politik yang tak berkesudahan lebih baik aku bicara bagaimana nak tambah pendapatan untuk keluarga aku, tapi apakan daya sekarang ini di Malaya ini rakyat sudah tidak menjadi tuan lagi kerajaan yang berkuasa keatas rakyat.

Rakyat Malaya kalau mengikut statistic terkini lebih 52% menyokong pakatan rakyat(undi popular)bagi aku ini juga tidak mencerminkan kebagusan pakatan rakyat tetapi what choise did we have?Sokong BN barang naik!Untung kepada siapa of course kapitalis @ pemodal.Gaji tak naik rakyat tambah tertekan aku tertarik dengan statement didada akhbar sinar pandangan rakyat bawahan rata2 tak setuju dengan kenaikan kerana

1.Gaji tak naik
2.Kos sara hidup semakin tinggi.
3.Kuasa beli massa semakin mengecil.
4.Gaji pemandu tak naik.
5.Kualiti perkhidmatan pengangkutan awam tak selari dengan kenaikan tambang.Bas buruk tak tetap masa dsb.
6.Pemimpin yang ada kuasa tak pernah guna pengangkutan awam kalau guna pun hanya semasa ada press itu pun dah dirancang dulu.

Ada seribu alasan untuk tak naikkan tambang tetapi malas aku nak senaraikan pikirlah sendiri.Kalau namanya pengangkutan awam sepatutnya pro kepada orang awam ini tak pro kepada pemodal.Pemandu bas dan teksi masih macam dulu terkejar trip kerja berbelas jam tokey bas dan teksi juga yang untung.

Selepas ini apa pulak yang naik tambang lori tak naik ke?Gerenti tambang lori naik barang pun mesti naik.CUEPACS mesti nak naik gaji sebab semua naik habis orang yang kerja swasta dan sendiri siapa yang nak perjuangkan ada lebih ramai dari orang CUEPACS.Kalau dulu gaji RM1000 dah okay sekarang gaji RM2000 pun tak cukup silap gaya ngam-ngam je tiap bulan.

Satu Malaysia Rakyat didahulukan prestasi diutamakan nampaknya hanyalah slogan sahaja aku pun boleh buat slogan.Dahulu ada slogan Bersih Cekap Amanah aku tengok tak bersih pun tak amanah pun lebih banyak rasuah ada semakin banyak yang pecah amanah.Kemudian slogan Cemerlang Gemilang Terbilang pun sama aku tengok tak ada pun terbilangnya.

Entahlah semakin aku pikir semakin berbelit senang lebih baik kalu ada peluang aku pindah tempat lain tapi apakan daya tiada arah.Jadi sendiri mahu ingat dan pikirlah.

Saturday, July 18, 2009

Agensi Penyiasatan

Sekarang satu Malaya sedang heboh isu kena siasat oleh SPRM sampai mati.Sebelum ini satu Malaya heboh pasal keganasan polis sampai banyak tahanan yang mati dalam lokap.Disini aku nak kabor sikit berdasar pengalaman sendiri berurusan dengan 2 agensi kerajaan yang gaji pekerjanya dibayar oleh duit rakyat itu sebablah dalam perkataan Inggeris disebut Civil Servant. "servant" dalam bahasa melayu ialah pembantu /orang gaji atau babu/hamba kepada tuan dan Civil bermaksud awam org ramai atau rakyat tetapi di Malaysia kekadang org keja gomen mengalahkan Tuan pada rakyat aku pun tak nak kutuk lebih nanti marah CUEPACS sama aku,hatta abah aku pun pesara gomen dan dalam lebih kurang 800,000 org gomen tak semua perangai macam tu.

Memang diakui kerja dengan orang ramai memang tension melayan kerenah 1001 mcm manusia,tetapi macam dalam dialog iklan tv dulu2 tentang orang yang tak puas hati dengan org gomen sehingga terkeluar perkataan "awak dibayar gaji untuk membantu orang macam saya" aku berpendapat org gomen kena ubah sikap.Jangan terkasima dengan kuasa yang ada pada mereka sesuka hati je bertindak sehingga memikirkan mereka nie above the law dan immune pulak dengan law.Kalau rasa susah kerja gomen sebab banyak kerja berhenti kerja gomen, kerja je sendiri atau kerja swasta macam aku.

Berbalik semula pada cerita SPRM dan PDRM nie perkara ini berlaku pada aku sendiri.Isteri aku yang aku sayang kena tangkap polis sebab disiasat tentang kecuriaan di tempat kerja.Yang paling bangangnye duit yang diamanahkan dibawah isteriaku lebih dari RM8000 tak hilang tapi member dia yang hilang duit.Tempat kerja bini aku pulak ada cctv betul-betul atas kepala jadi mana org berani nak cilok duit, bila laporan dah dibuat jadi polis kenalah siasat itu pun macam marah je IO tu sebab kena siasat jadi isteri aku volunteer ke balai untuk siasatan tup-tup kena tahan dan reman.Bayangkan macam -mana seorang perempuan yang even speeding ticket pun tiada nak masuk balai pun takut kena merengkok dalam lokap bercampur pulak dengan penjenayah tegar.Kemudiaan dalam siasatan senang-senang je suruh mengaku.Menangis le bini aku siang malam malu tak usah ceritalah sebab kena bogel naik black maria kena gari(aku yang brutal pun tak pernah kena macam tu) tapi silap oranglah aku fight balik sampai aku cuti tak kerja siap siang malam aku berkampung depan ipd jadi tak heran bagi aku kalau orang yang tak kuat minda memang boleh ngaku bersalah atau buat benda yang diluar dugaan.Jika tak didera secara fizikal mungkin didera secara mental.Bini aku sampai la ni masih trauma.Cuma nasib bini aku sebab aku guna kabel kasar yang aku ada, jadi duduklah dia dalam lokap 3 malam jeee kalau ikutkan polis nak tambah hari sebabnya tak dak bukti tak dak kes duduk lah dia 3 malam.Kesimpulan aku,mudah je ada IO nie yang cincai je keja, janji ada kes lepas ada kes depa nak settle kes nak tutup file cara mudahnya ialah melaui ugutan/ pukul/ dera dan bila org mengaku terus je tutup file habis cerita dia pun dapat kredit.

Kekadang aku nak juga membayangkan di Malaya nie polis dan MACC macam cerita kat TV suspek dibawa disiasat selama beberapa jam kemudian ada hak untuk call dapatkan khidmat lawyer jika tiada solid evidence dilepaskan tak boleh direman selama lebih dari sehari. Ini tidak lepas reman sambung reman jadi berhari-hari dilokap.Lokap pulak macam sardin 20 - 30 orang.makanya ada orang yang tak salah mengaku salah.Kadang-kadang bagi aku diorang ni tak profesional kalau betul anak jantan mano armano kita gocoh diluar sebagai org biasa.

Justify Full

Thursday, June 25, 2009

ULASAN SEBUAH CERITA

Hari ini saya ingin mengulas sebuah cerita yang saya tonton di tv2 baru-baru ini sempena sambutan hari hari bapa.Cerita berbahasa Inggeris yang watak utamanya dipegang oleh seorang pelakon yang berkulit hitam yang telah menerima sebuah anugerah tertinggi Academy Awards sebagai pelakon lelaki terbaik.Bukan saya tidak gemar menonton cerita Melayu atau mengagungkan cerita dari Barat tetapi kekadang saya bosan menonton filem Melayu yang asyik mengangkat golongan atasan sebagai watak utama.

Memang cerita ini(John Q) sebuah cerita yang dikategorikan sebuah heavy drama plotnya juga agak mudah dan watak yang tidak banyak yang tidak memerlukan watak hero dan heroin yang perlu berpakaian cantik.Kisahnya mengisahkan kasih sayang seorang ayah yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya yang perlukan pembedahan jantung malangnya beliau tidak mampu kerana kos pembedahan yang tinggi USD150.000 dan senarai menunggu yang panjang.Sang Bapa sanggup melakukan satu tindakan yang tercapai oleh akal yang waras untuk menahan beberapa orang didalam sebuah hospital sebagai tebusan asalkan anaknya dapat diselamatkan.

Sang penguasa iaitu seorang pentadbir hospital terpaksa berbohong mengatakan mereka sanggup untuk membayar pembedahan anak beliau asalkan beliau sanggup menyerah diri walau pun sang bapa sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi iaitu sanggup menyimpan sebutir peluru untuk membunuh diri jika keadaan menjadi genting dan jantungnya akan diserahkan kepada sang anak agar nyawanya dapat ditukar ganti kerana sang anak mempunyai masa depan yang masih panjang jika dapat diselamatkan.

Orang ramai dan juga tebusan sang bapa akhirnya jadi bersimpati dengan sang bapa sehingga sanggup berkerjasama dengan sang bapa agar hasrat murninya tercapai mereka jadi marah dengan sang pengusaha mahu membunuh sang bapa agar menutup segala kepincangan sistem pentadbiran hospital tersebut yang mengutamakan keuntungan dari nyawa manusia walhal masing-masing sudah mengangkat sumpah untuk mengutamakan nyawa manusia dari segalanya.

Akhiran cerita berlaku keajaiban apabila sang pentadbir berasa tersentuh dan bersetuju membiayai segala kos perubatan dan secara tetiba ada pulak penderma jantung yang sesuai dengan sang anak.Apa yang berlaku jadi isu nasional apabila ahli politik dan orang ramai membincangkan pekara tersebut dan sang bapa diangkat menjadi hero rakyat.

Tamsilan cerita bukannya saya ingin mengatakan setiap orang perlu menjadi radikal untuk mencapai sesuatu tujuan tetapi apabila kita didesak keberanian dan sanggup berkorban itu akan datang dengan sendirinya.Apabila perut lapar seseorang itu sanggup menyamun dan merompak hatta membunuh sekalipun.Apa bila snag penguasa hanya memikirkan untung rugi semata tanpa memikirkan untuk membela nasib orang lain terutama golongan bawahan maka golongan yang tertindas akan bangkit menentang.Kasih seorang ibu bapa yang sanggup berkorban nyawa untuk anak-anak walaupun ada juga dinegara kita ini segolongan bapa yang berhati iblis yang sannggup membunuh dan merogol anak sendiri.Good Values itu tidak hanya ada pada orang yang beragama Islam sahaja tetapi kepada bangsa lain yang bukan beragama Islam juga ada asalkan mereka menyajung nilai-nilai murni itu sendiri.

Thursday, May 28, 2009

DEMOKRASI KAH KITA?

Rais anak Yatim sibuk dengan komunisme, ancaman dan entah apa - apa pun yang rakyat tak faham. Kerajaan pun sibuk nak kempen. Mungkin sebenarnya mungkin projek nak keluarkan pamplet, design, media cetak sahaja. Jadi ada kroni yang dapat projek. Bila isu besar banyaklah peruntukkan sikit.
Kita Negara Demokrasi, tetapi demokrasikah kita? Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang di nafikan hak. Tandatangan tak laku. Pejabat kerajaan tak terima. Bantuan untuk sekolah yang gunakan Ahli Parlimen atau ADUN pembangkang dicampak ke dalam tong sampah saja.
ISA masih seperti biasa, tangkap tanpa bicara. Pembangkang umpama pendatang asing yang merempat di negara sendiri.
Projek kerajaan mesti ada kabel politik UMNO. Nak dapat lesen meniaga pun kena kenal kroni. Itulah demokrasi ala Malaysia. Apa bezanya dengan Negara Komunis?

Wednesday, May 20, 2009

SERABUT

Lama sungguh saya tak update didalm blog bukan apa pertama kekurangan idea keduanya fikiran kacau bilau dengan keadaan yang melanda negara sekarang ini.Ada satu cerita yang saya nak kongsikan bersama semoga apa yang serabut didalam kepala akan terungkai.Kepada yang terbaca blog saya ini saya juga mahu jadikan blog ini sebagai satu wadah untuk saya berbincang dan bertukar idea secara ilmiah.Bagi diri saya satu cara untuk mengurangkan tekanan ialah membaca dan berborak bersama rakan & keluarga cuma isteri saya tak berapa gemar berbincang topik serius kerana bagi dia benda serius hanya dipejabat.

Semalam saya ada melawat satu keluarga bangsa Cina yang suaminya mati menggantung diri disebabkan oleh tekanan perasaan akibat kemelesetan ekonomi yang melanda sekarang mungkin bagi yang makan gaji seperti pegawai kerajaan atau swasta ini mungkin tak terasa sangat tetapi bagi yang bekerja sendiri atau berniaga terasa amat perit, saya dah merasai sebelum kemelesetan ekonomi dunia sekarang,pendapatan saya yang bekerja sendiri merosot saban tahun sehingga isteri saya terpaksa berkerja semula.Bagi saya ini juga memberi tekanan yang hebat kepada diri saya selaku pencari nafkah tetapi saya berjaya mengatasi tekanan dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan.Berbalik kepada mendiang beliau adalah seorang yang pendiam bermakna segala masalah tidak diceritakan kepada keluarga sehinggakan keluarga mendiang tidak tahu apa puncanya dan tiada tanda yang menyatakan mendiang tertekan dan melorong beliau untuk membunuh diri.

Kepada semua orang tak kira apa bangsa sekali pun agama juga adalah penyelamat untuk tekanan selain dari sokongan keluarga dan rakan.Agama adalah penyelesaiaan terbaik untuk segala masalah.Saya kira untuk masalah politik yang melanda negara juga boleh diselesaikan dengan agama kenapa?Apa puncanya masalah?Bagi rakyat "what they want? We want social justice, the answer religon Islam why?study the quran it's all in there.What we want?good government the answer is in the quran.What we mean by the good government?no corruption fair and just also amanah.Saya tak berapa pandai nak cerita pasal agama tapi boleh sikit sikit menggunakann akal yang waras dan ilmu yang ada.

Monday, April 6, 2009

Che Det IDOLah Ku

Satu masa dulu zaman aku sekolah kat Daerah Kbg Pasu kat satu Kg kecik yang namanya Jenan idola kami semua ialah Che Det(bukan macam budak sekolah zaman ni idolanya Mawi).Pada kami Che Det baguih dengan dasar pandang keTimur dapat kami belajaq Bahasa Jepun lepaih tu lepas je SPM dapat kami semua join KPP dan terus gi ke Jepun.Satu dunia kenai nama Malaysia yang negara kecik tapi progresif dan mempunyai seorang PM yang berwawasan.

Member satu sekolah dengan aku apa yang aku tahu sekarang ini banyak yang kerja dengan Syarikat-syarikat konglomerat yang besar-besar sebab masa dulu pun mereka semua ditaja untuk belajar keluar negara oleh Syarikat-syarikat besar ni.Terima kasih atas dasar penswastaan negara.Aku juga ingat masa tu kami semua heboh dengan Team A ngan Team B(Ku Li VS Che Det) sampai nak gaduh siapa yang sokong Team A siapa sokong Team B.Semangat Patriotik dan semangat kempimpinan memang masa tu meruap sebab kami selalu join macam- macam kem motivasi dengan lagu warisan tu dah boleh hafal macam lagu Negaraku.

Aku masa tu punyalah sayang ngan Che Det sampai ada scrap book.Ada cita-cita dalam hati kecik nak jadi sebaguih Che Det ada vision karisma kreatif dsbnya.Buku mengenai Che Det aku baca sampai khatam banyak kal,i sampaikan bila aku dah start kerja 3 kali aku jumpa dengan Che Det siap boleh posing lagi tangkap gambar sembang ngan Che Det dapatkan autograf punyala aku bangga siap boleh cari kerja kat pulau Che Det.Aku rasa masa tu aku membesar ngan dengan projek mega negara.Banyak orang suka dan sayang Che Det.Aku rasa aku banyak hutang budi ngan Che Det yang mencipta great nation.

La ni pulak aku dah cemuih dengan ayahanda Che Det bagi aku sudah sudahlah, Che Det duduk aje kat rumah jadi tukang nasihat buat anak-anak cucu je lagi baik.Bagi aku la nie Che Det macam orang tua yang lain kata org muda tak mau dengar sebab dia rasa semua dia betul semua dia baguih walaupun banyak pekara yang dibuat dah tak baguih.Nak marah kat Che Det takut derhaka sekarang aku dah tak ambik port,lantaklah tak mau dengar udah le.Cuma satu nasihat aku sebelum orang lagi marah dan benci serta meluat baik Che Det diam aje lagi baik.

Tuesday, March 31, 2009

DEMAM

Apa kaitan dengan tajuk hari ini?Beberapa bulan dahulu Kampungku di Pantai Timur sibuk dengan demam yang melanda.Reda sekejap sekarang orang utara pulok kena Demam yang akan melanda disana.Setiap kali ada "By Election" mesti orang kampung kena Demam yang pertama kena demam "By Election" ialah peniaga warung biasanya customer tetap yang datang atau muka orang yang biasa masuk je sekarang nie kedainya jadi tempat muka org luar masuk.Business jugak mashuk dengan banyak sampai makanan cepatt je abis.Tapi aku dapat bayangkan syok kalau kempen kat Parlimen Bkt Gantang banyak le kedai mamak kat sana especially kat area Taiping tu.(Taiping tempat aku suka lepak sebab byk kwsan bersejarah)Masa aku duduk kat Parit Buntar dulu aku selalu le gi sana.Kari Nasi Kandaq puhhhh terangkat.Kaum ibu pulok boleh le tengok kedai emas.Banyak bederet rambang mata murah pulok.

Jem tosah cerita le bandar Taiping yang aman damai gerenti sesak punya.Pada geng pembangkang buleh le gi tengok kem Kemunting yang famous tu.Pada Geng Kerajaan sedaplah duit banyak masuk poket.Elaun sana claim sini.Kat Bukit Selambau pun sama je aku rasa dulu Bukit Selambau nie orang hanya tau sebab cerita pasal seorang rakyat tempatan bawa jalan harimau peliharaan dalam pekan Bukit Selambau.Gempak tu!!!!!

Tapi apa-apa pun buat penduduk tempatan gunakan peluang yang ada ini untuk mengundi pada calon yang benar-benar layak sahaja.Sebab bagi aku contohnya kat Bkt Selambau nie terlalu banyak calon mee segera je.Jgnlah kita bazirkan undi kita untuk memilih calon yang tangkap muat je jangan jadi masa kat Kampung aku dulu ada Mak Cik yang tak leh nak membaca pun nak jadi calon jangan kira glamour je macam masuk AFUNDI tu tapi bila menyanyi hampas.INI mas kita memilih seorang yang boleh memimpin dan menjadi wakil,suara kita jadi Lu pikirlahhhhh.

Saturday, March 28, 2009

Mari Mengundi

Dengan hari mengundi di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan di Batang Ai yang semakin hampir saya teringat kepada lagu yang popular di era 70an dan 80an dulu lagu kempen mari mengundi oleh SPR didalam tv dan radio.Liriknya kalau tak silap saya begini"Marilah mari pergi mengundi jangan lupa kewajipan pada negara" ini adalah sebahagian liriknya lirik penuh lu pikirlah sendiri.sebenarnya bukan kewajipan pada negara tetapi kewajipan pada diri sendiri.

sebelum mengundi kita harus ingat pada apa yang kita dapat apabila kita mengundi?duit?kuasa?tak apa yang kita dapat ialah memilih seorang wakil yang dapat menyuarakan isi hati kita sebenarnya.Mengundi walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya agak berat.Apa yang berlaku pada diri kita adalah sebenarnya tanggungjawap kita sendiri, bukan pada parti yang kita pilih sangat tetapi kerana kita hidup bermasyarakat maka setiap tindak tanduk kita ada hubung kait dengan masyarakat maka kita hendaklah memikirkan pada kegiatan masyarakat kita.Kita tak bisa hidup sendirian kena bermasyarakat masalah masyarakat adalah masalah kita.

Jadi lu pikir lah sendiri!!!!!!!!!!