Thursday, June 25, 2009

ULASAN SEBUAH CERITA

Hari ini saya ingin mengulas sebuah cerita yang saya tonton di tv2 baru-baru ini sempena sambutan hari hari bapa.Cerita berbahasa Inggeris yang watak utamanya dipegang oleh seorang pelakon yang berkulit hitam yang telah menerima sebuah anugerah tertinggi Academy Awards sebagai pelakon lelaki terbaik.Bukan saya tidak gemar menonton cerita Melayu atau mengagungkan cerita dari Barat tetapi kekadang saya bosan menonton filem Melayu yang asyik mengangkat golongan atasan sebagai watak utama.

Memang cerita ini(John Q) sebuah cerita yang dikategorikan sebuah heavy drama plotnya juga agak mudah dan watak yang tidak banyak yang tidak memerlukan watak hero dan heroin yang perlu berpakaian cantik.Kisahnya mengisahkan kasih sayang seorang ayah yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya yang perlukan pembedahan jantung malangnya beliau tidak mampu kerana kos pembedahan yang tinggi USD150.000 dan senarai menunggu yang panjang.Sang Bapa sanggup melakukan satu tindakan yang tercapai oleh akal yang waras untuk menahan beberapa orang didalam sebuah hospital sebagai tebusan asalkan anaknya dapat diselamatkan.

Sang penguasa iaitu seorang pentadbir hospital terpaksa berbohong mengatakan mereka sanggup untuk membayar pembedahan anak beliau asalkan beliau sanggup menyerah diri walau pun sang bapa sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi iaitu sanggup menyimpan sebutir peluru untuk membunuh diri jika keadaan menjadi genting dan jantungnya akan diserahkan kepada sang anak agar nyawanya dapat ditukar ganti kerana sang anak mempunyai masa depan yang masih panjang jika dapat diselamatkan.

Orang ramai dan juga tebusan sang bapa akhirnya jadi bersimpati dengan sang bapa sehingga sanggup berkerjasama dengan sang bapa agar hasrat murninya tercapai mereka jadi marah dengan sang pengusaha mahu membunuh sang bapa agar menutup segala kepincangan sistem pentadbiran hospital tersebut yang mengutamakan keuntungan dari nyawa manusia walhal masing-masing sudah mengangkat sumpah untuk mengutamakan nyawa manusia dari segalanya.

Akhiran cerita berlaku keajaiban apabila sang pentadbir berasa tersentuh dan bersetuju membiayai segala kos perubatan dan secara tetiba ada pulak penderma jantung yang sesuai dengan sang anak.Apa yang berlaku jadi isu nasional apabila ahli politik dan orang ramai membincangkan pekara tersebut dan sang bapa diangkat menjadi hero rakyat.

Tamsilan cerita bukannya saya ingin mengatakan setiap orang perlu menjadi radikal untuk mencapai sesuatu tujuan tetapi apabila kita didesak keberanian dan sanggup berkorban itu akan datang dengan sendirinya.Apabila perut lapar seseorang itu sanggup menyamun dan merompak hatta membunuh sekalipun.Apa bila snag penguasa hanya memikirkan untung rugi semata tanpa memikirkan untuk membela nasib orang lain terutama golongan bawahan maka golongan yang tertindas akan bangkit menentang.Kasih seorang ibu bapa yang sanggup berkorban nyawa untuk anak-anak walaupun ada juga dinegara kita ini segolongan bapa yang berhati iblis yang sannggup membunuh dan merogol anak sendiri.Good Values itu tidak hanya ada pada orang yang beragama Islam sahaja tetapi kepada bangsa lain yang bukan beragama Islam juga ada asalkan mereka menyajung nilai-nilai murni itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

mana perginya ahli-ahli politik melayu islam samada dari umno,pas atau pkr?hanya melihat dan berpeluk tubuh sahaja?ini bukan isu poitik ini isu agam.aku pun jahil juga tapi rasanya tak sampai sehingga agama diperkotak katikkan.