Sunday, October 7, 2012

Salam Perjuangan

  Assalamualaikum kepada sahabat yang masih sudi membaca coretan ini,dah lama saya tidak mengemaskini tapak ini diam tak diam sudah setahun,semenjak saya menggunakan medium facebook sebagai peluang melontarkan idea dan luahan perasaan.Sebenarnya banyak yang ingin saya tulis kerana banyak isu semasa yang berputar disekeling kita setiap hari tetapi kadang2 kita ini malas nak memikirkannya kerana banyak orang termasuk saya beranggapan apa faedahnya bukan saya mampu membuat apa2 pun.Tetapi otak ialah satu otot yang perlu dilatih setiap masa kerana jika tidak digunakan akan lemahlah ia.Semalam selepas saya membaca satu petikan hadis Rasulullah "sampaikan dariku walaupun satu ayat" dan juga berkenaan nahi maaruf amar mungkar "cegahlah kemungkaran/maksiat dengan perbuatan,jika tidak mampu dengan lisan dan bagi selemah-lemah iman dengan hati" saya kira ramai yang telah mendengar hadis ini tidak perlulah saya mengupas perkara ini dengan lebih lanjut kerana saya bukannya pakar agama tetapi maksud hadis ini sangat jelas iaitu usaha dakwah ini adalah satu tugas fardhu kifayah yang perlu dilakukan jika tidak masyarakat samada mereka beriman atau tidak akan diturunkan bala petaka oleh Allah SWT sebagai peringatan kepada umat manusia.

Saturday, January 8, 2011

KrKronologi Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri

Keadilan Daily | 8 Jan 2011, 10:35 am

Kongsi 0

Berikut adalah kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk perhatian media


26 Oktober 2010

Pusat Sumber Manusia memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:
i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Dato’ Menteri Besar.
ii) Dato’ Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan Dato’ Menteri Besar akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.
22 November 2010
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .
1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.
16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato’ Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau
17 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato’ Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.
20 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato’ Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Dato’ Menteri Besar.
21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato’ Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato’ Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato’ Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.
24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
27 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
3 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato’ Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.
4 Januari 2011
Pejabat Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.
6 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Wednesday, November 10, 2010

Dato' Zaid

Pendapat aku mengenai isu kekecohan yang berlaku dalam PKR yang diwujudkan oleh Dato' Zaid Ibrahim kita haruslah mendahulukan kepentingan parti kepentingan Parti adalah no wahid mendahului kepentingan diri apabila kita memilih untuk menjadi orang parti.Implikasi apabila kita menceritakan segala rahsia "dalam kain" keluarga kita kepada orang luar adalah amat tidak manis.Sebagai adik bongsu dalam keluarga pakatan memanglah kita mempunyai banyak kelemahan diri jangan kerana kita habis semua sokongan orang kepada parti dan orang luar melabelkan kita sebagai gilakan kuasa apatah lagi musuh-musuh PKR bertepuk tangan dan memadankan muka kita.
Dalam Politik memang ada pertembungan pendapat tetapi matlamat asal ialah menumbangkan UMNO BN buat apa kita nak bergaduh sesama sendiri.Berjuang menongkah arus memanglah pahit dan tuada pulangan dari segi material ada yang tinggal seluar dalam semuanya dilaburkan kepada parti dan perjuangan>Lihatlah sejarah perjuangan Pahlawan terdahulu yang menentang penjajah apa yang ada sehingga ada yang mati dibumi asing.Sebagai orang baru hendaklah kita buktikan kesetiaan dan kerja keras kita untuk memertabatkan parti.Kita bukan anak emas.Dari segi peribadi saya tiada masalah dengan Dato' Zaid he is very humble and down to earth man.Sdr Azmin is very strich and firm guy memang ada yang meras beliau agak keras dan nampak agak langsi but kesetiaannya sudah terbukti.Memetik kata-kata dr YB Zul Noordin yg juga dibuang dr Parti akibat melanggar etika parti jika pemimpin atasan PKR tiada pilih kasih tindakan yg serupa juga mesti diambil keatas Dato' Zaid kerana beliau bukanlah ahli emas.
Pemimpin atasan hendaklah memikir semasak-masaknya ats segala tindakan menilai pro dan kontra.Begitu juga keatas ahli-ahli yang menimbulkan masalah kepada parti tindakan yang serupa juga harus diambil.Lebih baik Parti ada 100 orang yang benar-benar komited dari ada seribu yang menjadi liabiliti kepada parti.

Monday, October 11, 2010

UALA LUMPUR, 10 Okt [10.20 pm] - Parti Keadilan Rakyat akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu. Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008. Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Fuziah Salleh (foto), berkata, berdasarkan persetujuan Pakatan Rakyat kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu. “Memang ia kerusi Keadilan, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan. “Oleh itu, Keadilan akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti),” kata beliau. Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan. “Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan,” katanya lagi. Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat Pakatan Rakyat pusat Rabu ini. SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

[Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dijangka menjadi ukuran penerimaan penduduk Sabah terhadap Pakatan Rakyat di sana. Jika sebelum ini. Sibu menjadi saksi yang sama di Sarawak, maka kini sesuatu yang mengejutkan pasti akan berlaku pula di Negeri Di Bawah Bayu itu. Apakah rakyat akan membuat pilihan yang bijak untuk mengeluarkan negeri itu daripada kemelut kemiskinan yang kian melanda atau selesa dengan apa yang ada sekarang ini. Sabah terus terpinggir dan dibiarkan daripada arus pembangunan negara sebenarnya. Namun, sesuatu yang harus diingatkan ialah penipuan pilihanraya di situ pasti berlaku. Tambahan pula kita sering mendengar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filipina dan Pakistan ditawarkan kad pengenalan Malaysia dengan syarat mereka mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya di negeri itu. Apakah akan berlaku insiden ini di Batu Sapi nanti agaknya. PKR perlu berhati-hati].