Monday, October 11, 2010

UALA LUMPUR, 10 Okt [10.20 pm] - Parti Keadilan Rakyat akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu. Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008. Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Fuziah Salleh (foto), berkata, berdasarkan persetujuan Pakatan Rakyat kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu. “Memang ia kerusi Keadilan, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan. “Oleh itu, Keadilan akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti),” kata beliau. Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan. “Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan,” katanya lagi. Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat Pakatan Rakyat pusat Rabu ini. SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

[Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dijangka menjadi ukuran penerimaan penduduk Sabah terhadap Pakatan Rakyat di sana. Jika sebelum ini. Sibu menjadi saksi yang sama di Sarawak, maka kini sesuatu yang mengejutkan pasti akan berlaku pula di Negeri Di Bawah Bayu itu. Apakah rakyat akan membuat pilihan yang bijak untuk mengeluarkan negeri itu daripada kemelut kemiskinan yang kian melanda atau selesa dengan apa yang ada sekarang ini. Sabah terus terpinggir dan dibiarkan daripada arus pembangunan negara sebenarnya. Namun, sesuatu yang harus diingatkan ialah penipuan pilihanraya di situ pasti berlaku. Tambahan pula kita sering mendengar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filipina dan Pakistan ditawarkan kad pengenalan Malaysia dengan syarat mereka mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya di negeri itu. Apakah akan berlaku insiden ini di Batu Sapi nanti agaknya. PKR perlu berhati-hati].

No comments:

Post a Comment

mana perginya ahli-ahli politik melayu islam samada dari umno,pas atau pkr?hanya melihat dan berpeluk tubuh sahaja?ini bukan isu poitik ini isu agam.aku pun jahil juga tapi rasanya tak sampai sehingga agama diperkotak katikkan.